NURI WELLNESS CENTRE
"Your Health Is Your Wealth"
Aktiviti Kami
2007
Rabu, 2 mei

Saling membantu
Ini gambar pelajar cacat penglihatan dari Vietnam dan Myanmar sedang mengikuti program tiga tahun setengah di Jepun melalui International Club for the Visually Impaired Person. Enam bulan pertama diajar daily living skill.
​
Semua orang tahu bagaimana ganasnya jepun satu ketika dulu, sampai sanggup menyeksamanusia hidup-hidup. Walau bagaimana pun itu semua telah berlalu
kini jepun ingin menebus segala kesilapannya yang lalu
ini terbukti yang mana masa kini jepun membantu orang-orang dari seluruh negara asia terutamanya yang memerlukan, bergantung kepada keperluan masing-masing. Ini tidak ketinggalan keperluan orang-orang cacat, ianya dilatih dalam semua aspek. Dengan bertujuan kemajuan yang dicapai olih jepun ingin dikongsi bersama dengan yang lain. (bukan mahu makan sendiri) cuba kita belajar dan mengajar diri kita sendiri bagi saling membantu demi kejayaan bersama dan merasa bangga dengan kejayaan orang lain, jangan ada perasaan hasad dengki (phd) kita kena mengajar minda berjaya bersama.

Semasa visit study dimassage clinic di jepun.
khamis, 3 mei



Seminar peningkatan
Hanya inilah cara membantu rakan senasib demi kejayaan bersama semoga orang cacat penglihatan di Malaysia dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang urut secara profesional, dan semoga dengan ini juga pihak berkuasa dapat mempertibangkan lesen urut hanya diberi kepada orang cacat penglihatan, seperti mana yang berlaku di negara Jepun,Taiwan, China, Korea dan Hong Kong, lesen urut dikeluarkan hanya kepada orang cacat penglihatan yang berkelayakan sahaja. Sekali lagi harapan saya semoga berlaku di Malaysia, maka dengan ini semoga tidak kelihatan lagi peminta sedekah buta yang berkeliaran saperti mana yang selalu diperkatakan.
Semoga bersama kita dapat membantu mereka
isnin, 4 jun

berdikari secara profesional
Walau pun mereka tidak dapat melihat serta tidak dapat menikmati keindahan alam mereka tetap bahagia menikmati kehidupan dalam kegelapan yang bercahaya. mencari rezeki dengan titik peluh sendiri. semoga mereka terus bahagia dengan usaha mereka bagi menyara hidup mereka dengan sempurna saperti mana orang yang normal dan cukup sifat dari segi fizikal.
selasa, 5 jun

memohon maaf
Sudah lama tidak menulis kerana beberapa sebab
1. line internet ada problem
2. sibuk dengan cawangan baru dibuka di kampong bahru
3. sebagai setiausaha banyak kerja-kerja persatuan yang hendak dilaksanakan
Amalan berurut dapat melancarkan pengaliran darah, ianya juga dapat mengurangkan stress yang mana masa kini tidak ada siapa pun yang hidup tanpa stress amalan berurut juga dapat menguatkan sistem badan kita.
khamis, 12 julai


urut & reflexology
Urut dan reflexology adalah satu kaedah rawatan semulajadi, yang mana telah diamalkan sejak zaman Firaun, iaitu beribu tahun yang lalu sebelum masihi. ia juga diamalkan oleh nenek moyang kita.
Walau pun kini zaman moden yang berteknologi semakin canggih, masih ramai lagi penduduk dunia terus mengamalkan urut sama ada secara tradisional ataupun secara moden. termasuk juga Malaysia.
Walau bagaimana pun, kita telah dikejutkan dengan isu rumah urut yang menyediakan pelbagai perkhidmatan, yang terdiri dari warga asing yang kita tidak ketahui latar belakangnya dan sejauh mana kemahirannya.
Berikutan dengan ini lesen perniagaan perkhidmatan urut telah di bekukan di K.L dan Selangor.
Saya berharap semoga satu hari nanti bidang urut dapat dimenapolikan oleh OKU Penglihatan, dengan ini juga adalah peluang mereka mencari rezeki yang halal, semoga kita semua dapat memberi sokongan yang padu.
Selain menghapuskan pengemis buta, kita juga dapat mengurangkan aktiviti pelacuran warga asing serta dapat membawa negara kita kepada imej yang lebih baik.
BERSAMA KITA BERUSAHA KEARAH KECEMERLANGAN O.K.U GEMILANG DAN TERBILANG
2009
khamis, 12 julai



ribuan ampun & maaf
Terlebih dahulu saya memohon ribuan ampun dan maaf, kepada pengunjung blog ini, kerana sekian lama saya tidak dapat mengemaskinikan blog ini.
Dalam tahun 2008, (tahun lepas) saya dapat menyertai Program Basmi Kemiskinan, dibawah Program GIATMARA.pada mulanya agak sukar sekali, kerana, mereka berpendapat OKU adalah di bawah Jabatan Kebajiikan Masyarakat. tapi oleh kerana pegawai yang saya berurusan itu boleh dibawa berbincang, maka akhirnya saya berjaya mengendalikan lima program, setiap satu program, 20 peserta, saya gunakan peluang yang ada, iaitu, peserta menunjukan minat yang tinggi, maka dengan ini minat saya untuk mengajar lebih tinggi dengan penuh semangat, saya gunakan masa tersebut, iaitu, dalam masa lima hari lima malam untuk lima puluh jam masa belajar, tidak termasuk masa untuk pendaftaran dan penyampaian sijil.
Walau pun mengajar lebih sepuluh jam sehari, saya merasa begitu seronok sekali, Dapat berkongsi pengetahuan dengan orang lain tapi malang sekali apabila bertukar pegawai, mereka kurang berminat untuk membangunkan OKU. Sepatutnya, kita jangan letakkan pembangunan OKU hanya dibawah jabatan kebajikan masyarakat sahaja, banyak lagi bebanan yang berat jabatan kebajikan masyarakat yang harus dipikul, KASIHANILAH MEREKA YANG TERLIBAT.
Semoga agensi kerajaan yang lain juga dapat memberi peluang kepada OKU untuk bersama rakyat 1 Malaysia
2013
rabu, 24 april

Inilah ahli keluarga NURI yang berkhidmat di NURI REFLEXOLOGY THERAPY @ LCCT Airport.
tapi, gambar ni diambil pada 27/9/2011, sempena hari lahir Cikgu Norimah (pemilik NRT). ada yang masih di sini dan ada juga yang dah keluar mencari haluan masing2....
kini semuanya ada 10 orang juru-urut... :)
ucapan kasih dari kami
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh....
salam kasih salam mesra buat semua pembaca yang sudi singgah sejenak di sini. Sudah lama rasanya ruangan ini senyap dan sunyi tanpa sebarang perkhabaran. kami seluruh warga NURI ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan semua pihak, pembaca2 blog amnya, pelanggan2 yang pernah datang menikmati urutan di NURI khususnya. kami sangat menghargai sokongan dan galakan yang diberikan oleh kalian semua....
semoga kita semua mendapat keberkatan dan sentiasa dalam lindungan kasih ALLAH SWT...